Kerjaya Asif Suhaimi

Asif mula menempa populariti luar biasa sebagai pelakon dalam slot Drama Spontan yang dihasilkan oleh sepupunya, Syahmi Sazli menerusi YouTube.[1]

Pembabitan Asif dalam video pendek itu telah mengubah perwatakannya yang asalnya seorang yang pemalu, gemar menyendiri dan tidak suka ke hadapan. Asif juga pada awalnya penakut dan gemar menyorok di belakang pintu apabila didekati seseorang. Namun, remaja istimewa itu suka bergaul dengan lelaki yang lebih berusia daripadanya.[1]

Bekerja di bawah arahan Abdul Razak Mohaideen, beliau bersama Syahmi dan Yoe Parey membintangi filem Syif Malam Raya (2020) yang menandakan penampilan sulung mereka di layar lebar.[2] Ini kemudian diikuti oleh filem Mael Totey The Movie yang mendapat sambutan baik.[3]

Berkaitan